SPM….Bermulanya Hari Ini….

14hb November 2011 permulaan perjuangan semua pelajar tingkatan 5 setelah berpulun selama 5 tahun di sekolah untuk pengakhiran yang lebih cemerlang. Dengan segala ilmu yang dibekalkan oleh guru-guru, diiringi doa…diharapkan semua pelajar tenang dan dipermudahkan menjawab segala soalan yang dikemukakan….InsyaAllah segala usaha dan penatlelah kamu semua akan dibalas dengan keputusan SPM straight A+…..Amin.


PROGRAM TUTOR TUTEE CHEMISTRY TINGKATAN 5

Program TUTOR TUTEE merupakan salah satu Program Kecemerlangan Akademik yang dirangka dan dilaksanakan oleh Panitia Kimia sepanjang tahun 2011.

Alhamdulillah, bermula pada 15 Februari 2011 yang lalu program tersebut telah mula dijalankan. Program ini diadakan pada setiap malam selasa 2 minggu sekali selama satu setengah jam bermula jam 8.00 malam sehingga 9.30 malam. Pada malam Program tersebut, seorang guru kimia  ditugaskan untuk memantau proses perjalanan program tersebut.

Sehingga bulan Jun, pelajar diberikan latihan ulangkaji bagi topik-topik tingkatan 4. Para tutor akan membimbing rakan tutee mereka mejawab soalan latihan yang diberikan. Setakat ini, response para pelajar terhadap program ini sangat baik dan mereka memberikan kerjasama untuk melaksanakan program ini dengan lancar. untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses perlaksanaan Program Tutor Tutee, boleh rujuk di laman Koridor SPM


Assignment CNY For Form 4

Salam buat semua…

Makluman khas buat pelajar Tingkatan 4 Sekolah sultan Alam Shah, Putrajaya

Assignment Chemistry sempena cuti Hari Raya Cina telah diuploadkan. Diminta semua pelajar Tingkatan 4

untuk download soalan tersebut di Koridor Tingkatan 4.

Sekian, harap maklum


Tahun Baru 2011… Permulaan yang baru

Hmmmm…Salam 2011 buat semua yang membuka laman ChemistrySAS ini..  …Hanya selepas sebulan baru dapat mengucapkannya.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjenguk ruangan ini yang masih dalam proses penambahbaikkan..

Setiap tahun pasti ada sahaja azam dan impian baru namun adakan ianya akan terlaksana….Bergantung kepada usaha, insyaAllah segala yang diimpikan pasti menjadi kenyataan.

Pejam celik kita sudah sampai ke penghujung bulan Januari…Cepat sungguh masa berlalu…..

Pada tahun ini bagi kelas tingkatan 5, Panitia Kimia SAS telah merancang beberapa program kecemerlangan dan salah satunya  ialah Program Rakan Kimia. Program ini akan mula  dilaksanakan  pada 25 Januari 2011 (Selasa) ini  jam 8.00 malam di Auditorium SAS. selain itu kelas tambahan petang juga sudah bermula dan giliran Panitia Kimia ialah pada hari Khamis…

Banyak lagi program kecemerlangan yang akan menyusul kelak…. Harapannya ialah para pelajar dapat mengambil peluang yang ada dan memanfaatkan segala program yang telah dirancang oleh guru, dengan itu kejayaan akan menjadi milik kita bersama, insyaAllah.


CHEMISTRY 4541

Salam sayang kepada semua… Alhamdulillah tanggal 6hb Disember 2010 yang dinanti-nantikan tiba jua. Kertas Kimia 4541 SPM 2010 bermula dengan kertas 1 pada 8.00 – 9.15 pagi diikuti dengan kertas 2 pada 10.00-12.30 t/hari dan berakhir dengan kertas 3 pada 2.00 – 3.30 petang ini.

Bagi para pelajar tingkatan 5 khususnya pelajar tingkatan 5 Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya…. Kami guru-guru Panitia Kimia SAS mengucapkan GOOD LUCK and ALL THE BEST…

3 hari berkampung bersama pelajar tingkatan 5 SAS.. mengulangkaji bersama-sama, membuat perbincangan dan penerangan bagi setiap bab tingkatan 4 dan 5…. pagi, petang dan malam… harapannya, para pelajar dapat mengaplikasi segala yang telah dicurahkan.

 


Bermulanya Perjuangan Pelajar Tingkatan 5

Kini tibalah titik permulaan perjuangan seorang pelajar sebelum melangkah keluar dari alam persekolahan. Selama 5 tahun mendambakan diri menuntut segala ilmu dan pengalaman dari para pendidik, tanggal 23hb November 2010 peperangan menggunakan mata-mata pena di atas kertas berlangsung. Semoga perjuangan anak-anak didik diberkati oleh-Nya. selamat berjaya kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2010.


Cemerlang Kimia

Salam Ukhuwwah fillah. Selamat datang ke Koridor Kimia SAS. Maklumat berkaitan Panitia Kimia Tingkatan 4 dan 5 untuk perkongsian ilmu dan kecemerlangan bersama.