Koridor P&P

PROGRAM    ‘4 DAYS CLIMB CHEMMY (4DC2)

Oleh :  Pn Azie Nurul Akhtar Binti Nabir

Mata pelajaran kimia merupakan mata pelajaran elektif wajib yang di ambil oleh semua pelajar Sekolah Sultan Alam Shah pada tahun 2009 seramai 196 pelajar tingkatan 5  bakal menduduki peperiksaan SPM . Pada tahun 2008, keputusan Peperiksaan SPM bagi mata pelajran kimia ialah Gred Purata 2.67 berbanding Gred Purata 2.73. walaupunterdapat sedikit peningkatan namun panitia kimia telah berazam untuk meningkatkan usaha bagi memperolehi kecemerlangan dalam keputusan SPM pada tahun ini. Maka, panitia kimia telah merancang pelbagai program termasuklah program ‘4 days Climb Chemmy (4DC2) ini dengan harapan dapat menghasilkan anjakan positif khususnya dalam keputusan peperiksaan SPM 2009.

 

 

MATLAMAT

 

Program ‘4 days Climb Chemmy (4DC2) dilaksanakan sepanjang 4 hari iaitu pada 4 Disember sehingga 7 Disember 2009 sebelum para pelajar mengambil kertas peperiksaan mata pelajaran kimia pada 8 Disember 2009. Program kelas tambahan intensif ini dijalankan untuk pelajar yang mendapat keputusan 54 markah dan ke bawah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar lemah  tentang konsep-konsep penting dalam kimia. Mereka juga didedahkan dengan teknik-teknik menjawab kertas 2 dan kertas 3 terutamanya bagi memastikan tiada kehilangan markah ketika menjawab kertas soalan SPM sebenar. Dengan ini, pelajar akan lebih bersemangat dan bersedia untuk menduduki kertas peperiksaan kimia SPM dan berusaha untuk medapat keputusan cemerlang dalam SPM 2009.

 

 

 

OBJEKTIF

1.      Meningkatkan tahap penguasaaan konsep bagi topik-topik mata pelajaran Kimia.

2.      Mempelajari dan pengaplikasi teknik-teknik menjawab yang betul terutama bagi kertas 2 dan 3.

3.      Memahami proses dan kaedah bagi eksperimen-eksperimen penting

4.      Menghapuskan Gred 7D, 8E dan 9G dalam keputusan SPM 2009

5.      Memperbaiki  Gred Purata  bagi Mata Pelajaran Kimia SPM 2009

 

 

PROSES PROGRAM

 

1.      Program ini dijalankan oleh 3 orang tenaga pengajar iaitu Pn Norini Jaafar dan Pn Azie Nurul Akhtar binti Nabir serta dibantu oleh En Sharul Nizam Bin Abu Juhari.

2.      196 orang pelajar tingkatan 5 dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu seramai 45 orang pelajar tingkatan 5 yang memperolehi  54 markah dan ke bawah dikenalpasti melalui keputusan Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2009 ini dipilih untuk mengikuti kelas tambahan intensif yang dinamakan sebagai Program ‘4 days Climb Chemmy (4DC2)yang mana secara keseluruhannya kelas ini dikendalikan oleh Pn Azie Nurul Akhtar Binti Nabir.

3.      Manakala Pn Norini pada masa yang sama menjalankan Program Kelas intensif bagi pelajar yang memperolehi 55 markah dan ke atas. Namun begitu, ada pada slot-slot tertentu kesemua pelajar akan ditempatkan bersama untuk perkongsian ilmu.

4.      Tempat dan tenaga pengajar terlibat adalah seperti berikut.

Guru Pelajar Tempat
Pn Norini Jaafar 55 Markah Ke Atas Auditorium Perdana
Pn Azie Nurul Akhtar 54 Markah Ke Bawah Kelas Tutorial

5.      Sepanjang 4 hari Program ‘4 days Climb  Chemmy (4DC2), pelajar diberikan kertas Peperiksaan Percubaan SPM 2009 daripada negeri-negeri lain dan Kertas Perperiksaan SPM tahun 2008 bagi setiap slot seperti berikut :

SlotHari I8.00 – 10.00 am II10.30 –12.30 pm III2.30  –  4.30 pm IV8.30 – 10.30pm
4 Dis 2009Jumaat MenjawabKertas percubaan kertas 1 Melaka dan Perak Membincang Kertas percubaan kertas 1 melaka dan perak MenjawabKertas percubaan kertas 2 Melaka Membincang Kertas percubaan kertas 2 melaka
5 Dis 2009Sabtu Pembentangan jawapan esei Kertas percubaan kertas 2 melaka Menjawab dan membincang Kertas percubaan kertas 2 Perak Menjawab dan membincangkertas 2 SPM 2008 Menjawab dan membincang Kertas 2 SPM 2008 bahagian esei
6 Dis 2009Ahad MenjawabKertas SPM 2008 kertas 1 Membincang Kertas SPM 2008 kertas 1 Kertas percubaan kertas 3 Melaka dan SPM 2008 Teknik menjawab kertas 3 oleh Pn Norini
7 Dis 2009Isnin Express Revision bersama Pn Norini setiap topik dan Eksperimen semua Bab bagi tingkatan 4 dan 5 Ulangkaji sendiri dan diselia oleh Pn Azie

6.      Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil iaitu 3 orang setiap kumpulan bagi memudahkan proses perbincangan dan mudah untuk mengenalpasti pelajar yang masih ketinggalan.

7.      Para pelajar dikehendaki menjawab kertas-kertas soalan yang diberikan dan guru akan

§  membincangkan soalan satu persatu.

§  Menjelaskan proses dan konsep berkaitan.

§  Menerangkan logikal jawapan yang diberikan.

§  Mengaitkan soalan dengan topik-topik berkaitan untuk memperluaskan skop soalan tersebut.

8.      Pelajar juga akan membentangkan jawapan esei kumpulan mereka untuk dibincangkan bersama ahli kumpulan yang lain. Guru akan menyemak jawapan dan mencari sebarang kesilapan teknik menjawab untuk dikongsikan bersama pelajar yang lain.

REFLEKSI

 

Secara keseluruhan, program ini berjalan seperti yang dirancangkan. Penglibatan yang sangat baik daripada pelajar. Mereka hadir ke kelas mengikut masa yang telah ditetapkan dan kehadiran pelajar bagi setiap slot adalah 95%. Ini kerana ada pelajar menerima tetamu pada hujung minggu menyebabkan mereka tidak dapat hadir ke kelas tambahan. Pelajar juga bersungguh-sungguh menyelesaikan kertas-kertas latihan yang diberikan dan aktif bertanya jika terdapat sebarang kemusykilan. Namun begitu, ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki pada masa akan datang iaitu

1.      Menambahkan bilangan tenaga pengajar agar pendekatan kepada para pelajar adalah secara menyeluruh dan

2.      Pelajar lemah di bahagikan kepada 2 kumpulan kecil iaitu seramai 25 pelajar bagi satu kelas agar tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada pelajar supaya tiada yang tercicir.

Advertisements

One response to “Koridor P&P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: